PA MA CARE GIVER SDN. BHD
Dewasa ini, kita kerap kali digemparkan dengan pelbagai fenomena yang tidak berperikemanusiaan kepada kanak-kanak. Kes-kes seperti penderaan fizikal dan mental kepada kanak-kanak, eksploitasi kanak-kanak, pengabaian kanak-kanak serta gangguan seksual kepada kanak-kanak sangat membimbangkan. Oleh itu, kami berasa trpanggil untuk membantu dan melindungi golongan kanak-kanak yang memerlukan bantuan dan perlu dilindungi.
Pa Ma Care Giver (PMCG) merupakan sebuah agensi kebajikan sosial yang memperjuangkan keadilan dan kebajikan kanak-kanak. Kami optimis dalam usaha untuk melindungi golongan sasar kami iaitu golongan kanak-kanak, seiring dengan slogan Loves Chidren Save Young Generation.
Visi PMCG
Menjadi pertubuhan kebajikan sosial utama yang menyediakan perhidmatan terbaik dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Misi PMCG
> Mengutamakan pengambilan pekerja sosial yang berkelayakan dan sanggup mempertingkatkan kemahiran diri demi memberi perkhidmatan terbaik.
> Menyediakan rawatan intervensi yang menyeronokkan dan mesra kanak-kanak dalam usaha rawatan dan pemulihan kanak-kanak.
> Bekerjasama dengan agensi dan sistem sosial yang lain dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Kod Etika PMCG
T - tegas dan profesional
E - efisyen dan efektif
K - keikhlasan dan kerahsiaan
A - amanah dan akauntabiliti
D - dinamik dan disiplin
No comments:
Post a Comment