PENDERAAN KANAK-KANAK
DEFINISI PENDERAAN FIZIKAL
perbuatan yang menyebabkan kecederaan
yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.
DEFINISI PENDERAAN EMOSI
perbuatan yang menyebabkan gangguan
yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
DEFINISI PENDERAAN SEKSUAL
apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati,
dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.
EKSPLOITASI KANAK-KANAK
DEFINISI EKSPLOITASI KANAK-KANAK
merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik
serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak
PENGABAIAN KANAK-KANAK
DEFINISI PENGABAIAN
PENGABAIAN berlaku apabila ibu bapa atau penjaga sengaja tidak memenuhi keperluan fizikal, emosi dan perkembangan kanak-kanak. Misalnya, ibu bapa tidak menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, kebersihan, pengawasan dan penjagaan kesihatan yang memadai.
No comments:
Post a Comment