Sunday, 23 June 2013

PENUTUP

LOVE CHILDREN, SAVE OUR FUTURE GENERATION


Kanak-kanak merupakan modal insan yang penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif.

Oleh itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaianpenderaankeganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan agar generasi pewaris negara ini dapat membesar dengan seimbang. 

Di samping itu, amat perlu pada masa ini semua pihak mengambil tindakan dan menggalakkan setiap agensi,organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. 

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA. 

"LOVE CHILDREN, SAVE OUR NEW GENERATION"


LOVE OUR CHILDREN CAMPAIGN



INFORMASI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DALAM ISLAM

                            
PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK DALAM ISLAM



Pandangan Islam Berlandaskan Al-Quran dan Ahli Falsafah dan Pemikir Islam

Selain daripada ahli pemikir dan cendikiawan di barat, Islam sendiri tidak ketinggalan dalam memberi panduan daripada segi bimbingan dan pendidikan kanak-kanak pada peringkat awal. Kerana Islam menekankan perkembangan seseorang kanak-kanak itu biar seimbang daripada segi duniawi serta ukhari. Terdapat ramai pemikir Islam yang memberi sumbangan dalam pendidikan, terutama pendidikan awal kanak-kanak.


Pandangan Islam dalam pembentukkan kurikulum jelas sekali termaktub dalam peasanan Saidina Ali R.A. yang bermaksud, "didiklah anak-anak mu supaya mereka boleh hidup di zaman yang amat berlainan sekali dengan zamanmu."




Antara beberapa teori dan pandangan dikemukakan oleh tokoh, dua orang tokoh berikut memberi sumbangan yang sangat menarik :

IMAM GHAZALI

Imam Ghazali memberi penekanan bahawa kanak-kanak perlu : 

>Dididik sejak lahir dan diajar mengenal huruf, menulis dan membaca.
>Diberi pendidikan agama berlandaskan Al-Quran dan hadith bagi membentuk peribadi mulia. 
>Diberi latihan jasmani bagi membina kekuatan tubuh badan, kecerdasan minda dan mengelakkan kemalasan. 
>Dilatih mengamal budi perkerti yang mulia dan tabiat yang baik. 
>Dilatih mempunyai sifat berani, merendah diri, sabar dan menghormati orang tua serta mentaati kedua ibu bapa. 
>Diberi nasihat ke atas kesalahan yang dilakukan dan dimarahi sekali kala sahaja supaya mereka lebih menghormati orang tua. 
>Dibimbing berkenaan kewajipan terhadap agama dan hukum agama Islam apabila mereka sudah cerdik dan berakal. 
>Diawasi oleh ibu bapa kerana mereka mudah terpengaruh oleh persekitaran dan tingkahlaku masyarakat.


IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun berpendapat bahawa kanak-kanak : 

>Perlu menggunakan belajar yang disusun dengan baik. 
>Belajar menggunakan pancaindera dan diberi contoh yang mudah dan konkrit dalam pembelajaran mereka. 
>Perlu didedahkan dengan contoh teladan yang baik. 
>Diajar membaca Al-Quran sebelum menghafalnya. 
>Menerima bimbingan dengan lemah lembut, bukan melalui kekerasan. 
>Mudah keliru, apabila diajar dua perkara dalam masa yang sama. Oleh yang demikian, hanya ajar satu perkara pada satu jangka masa. 


RUJUKAN: Panduan Kurikulum Prasekolah (m.s. 21-22) oleh Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd. Sharani Ahmad.  Universiti Putra Malaysia

PERKHIDMATAN TALIAN NUR

TALIAN NUR 15999 



Talian Nur ditubuhkan pada 5 Disember 2007 di bawah Kementerian  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Talian ini memberi perkhidmatan kecemasan dan pertanyaan serta aduan mengenai:

- Penderaan
- Pengabaian
- Keganasan Rumah Tangga
- Masalah Juvana/Kanak-kanak
- Kemiskinan
- Ibu Tunggal

AKTA DAN DASAR

DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK NEGARA (DPKKN)

DPKKN merupakan satu dasar yang mengandungi pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak  selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka. 

DPKKN adalah bertujuan  untuk  memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Dasar ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen semua pihak, termasuk setiap anggota masyarakat dalam melindungi kanak-kanak.

Terdapat 7 objektif DPKKN iaitu: 

1. Meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama;
2.  Mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak;
3.  Menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanak organisasi masing-masing;
4. Melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi;
5. Menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara langsung dengan kanak-kanak;
6. Meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak; dan
7. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik perlindungan terhadap kanak-kanak.

AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 2001 

Akta ini dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2001. 

Akta ini merupakan suatu akta yang meminda, menyatukan dan memasukan peruntukan-peruntukan baru (gabungan) daripada 3 akta utama iaitu :

  • Akta Mahkamah Juvana 1947
  • Akta Wanita dan Gadis 1973
  •        Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991

Terdapat 3 tujuan utama penggubalan akta ini iaitu:
1. untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak
2. untuk menangani masalah remaja yang terlibat dengan jenayah 
3. untuk menangani masalah remaja yang terlibat dengan maksiat tidak terkawal.

KESALAHAN DAN HUKUMAN 


1. Ibubapa atau penjaga yang menganiayai, mengabai, membuang, mendedahkan kanak-kanak yang mungkin menyebabkan kanak-kanak cedera fizikal dan emosi serta menganiayai dari segi seks jika disabitkan akan dikenakan hukuman:  

> penjara 10 tahun atau denda tidak lebih RM20 000 atau kedua-duanya 
> atau bon berkelakuan baik, pelanggaran bon akan dikenakan penjara 5 tahun atau denda tidak lebih RM 10 000 atau kedua-duanya. 

2. Ibubapa atau penjaga yang menyebabkan atau mengakibatkan kanak-kanak dalam pemeliharaanya mengemis, menerima sedekah, memudaratkan kesihatan dan kebajikan jika disabitkan akan dikenakan hukuman: 

> denda tidak lebih RM 5 000 atau
> penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya. 

3. Ibubapa atau penjaga yang membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan jika disabitkan akan dikenakan hukuman:

> denda tidak lebih RM 5000
> atau penjara 2 tahun  atau kedua-duanya



FENOMENA ISU KANAK-KANAK

PENDERAAN KANAK-KANAK 


DEFINISI PENDERAAN FIZIKAL 

perbuatan yang menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.



DEFINISI PENDERAAN EMOSI 

perbuatan yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.  



DEFINISI PENDERAAN SEKSUAL 

       apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.


EKSPLOITASI KANAK-KANAK 

DEFINISI EKSPLOITASI KANAK-KANAK 

merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak


PENGABAIAN KANAK-KANAK

DEFINISI PENGABAIAN 

PENGABAIAN berlaku apabila ibu bapa atau penjaga sengaja tidak memenuhi keperluan fizikal, emosi dan perkembangan kanak-kanak. Misalnya, ibu bapa tidak menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, kebersihan, pengawasan dan penjagaan kesihatan yang memadai. 



PENGENALAN

SIAPA ITU KANAK-KANAK?


Mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai seorang yang berumur di bawah 18 tahun

Bagi tafsiran prosiding jenayah, didefinisikan sebagai seseorang yang berumur 10 hingga 18 tahun (merujuk seksyen 82 Kanun Keseksaan).

KENALI KANAK-KANAK 

Kenali kanak-kanak melalui temperamen. 


temperamen: cara bayi atau kanak-kanak bertingkah laku atau beremosi dalam memberi respon kepada sesuatu situasi. 
Menurut Thomas dan Chess (1977, 1991) , terdapat 3 jenis temperamen iaitu easy child, slow to warm dan difficult child. 

•40% easy child – mempunyai corak tingkahlaku yang dapat dijangka selalunya mereka ini ceria dan senang untuk berinmteraksi, menerima perubahan dan berminat dengan situasi baru.

•15% slow to warm up – mempunyai tahap aktiviti yang rendah, temperamen yang sederhana dan reaksi sederhana terhadap situasi dan pengalamn baru.; mereka berkecenderungan untuk menjauhi daripaad situasi yang baru. 

•10% difficult child – selalunya mudah marah/tersinggung; corak tingkahlaku seharian tidak rutin; mempunyai masalah dalam menyesuaiakan diri dalam keadaan baru.